Penggunaan Perpustakaan

Pelajar diingatkan peraturan asas penggunaan perpustakaan sekolah:

a) pelajar wajib menggunakan kad Identiti sendiri.

b) pelajar biasa dibenarkan meminjam hanya 3 buku sekali untuk tempoh masa 1 minggu.

c) kelewatan memulangkan buku akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak     pengurusan pusat sumber sekolah.

Program Literasi Maklumat untuk Pelajar Baru Tingkatan 6 Rendah 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Program Literasi Maklumat untuk Pelajar Tingkatan 6 Sesi 2014 akan diadakan sepanjang bulan Jun bermula dari 24 Jun 2014 sehingga 26 Jun 2014

Jadual Bengkel Literasi Maklumat :

24 Jun 2014 ( Selasa) – 11.00 -12.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 1

- 12.00 – 1.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 2

25 Jun 2014 ( Rabu) – 11.00 – 12.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 3

12.00 – 1.00 tengah hari  - kelas 6 Rendah 4

26 Jun 2014 ( Khamis ) – 11.00- 12.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 5

 

Pelajar akan didedahkan kepada aspek penggunaan PSS, pencarian maklumat dari bahan bacaan serta bahan elektronik.

 

 

Pelancaran Program NILAM 2013

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program NILAM telah dilancarkan secara rasmi di peringkat sekolah pada 8 Februari 2013 oleh Pengetua  Tn Hj Sha’rani bin Sapari. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program ini adalah Pertandingan Juara Ilmu, Pengunjung Bertuah, Kuiz Pengetahuan Am, Sesi Bercerita dan pelbagai aktiviti lain.

Majlis Perasmian Program NILAM pada 8 Feb 2013

Majlis Perasmian Program NILAM pada 8 Feb 2013

 

 

Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2013

DSC00856 DSC00860DSC00859DSC00886 DSC00883

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk Sesi 2013 telah dijalankan dengan jayanya pada 23 Mac 2013. Pengawas Pusat Sumber SMK TARP merupakan golongan pelajar yang berkebolehan dan berketerampilan. Mereka melalui latihan dan bimbingan berterusan untuk memastikan pengurusan pusat sumber sekolah lancar dari segi urusan sirkulasi, pengumpulan data NILAM, penyediaan rekod penggunaan PSS dan sebagainya.

Majlis ini diadakan khususnya untuk mengiktiraf sumbangan mereka dan memastikan pengawas pusat sumber sedar tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

TAHNIAH dan SEMOGA TERUS BERJAYA