Majlis Anugerah NILAM Daerah Kulai 2018

Peserta kita Hurin Batrisha  bt M Salleh ( calon kategori BM ) dan Eingkarran a/l Kumaravel ( calon kategori BI) telah mewakili SMK TARP untuk pertandingan Anugerah NILAM peringkat daerah . Tahniah kepada Hurin kerana berjaya mendapat tempat ke -3 dalam pertandingan tersebut.

Advertisements

Taklimat NILAM Tambahbaik 2018


Taklimat NILAM Tambahbaik telah diberikan kepada semua guru sekolah pada 12 hb April 2018 untuk memperkenalkan kaedah pelaksanaan NILAM untuk semua subjek mulai tahun 2018                                    .

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Berkesan

Bengkel diadakan untuk  pengawas pelatih Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 pada 17 April 2018. Fasilitator bengkel merupakan ahli jawatankuasa  tertinggi badan pengawas pusat sumber sekolah  bersama guru perpustakaan. Bengkel memberi pendedahan kepada pengawas PSS tentang bidang tugas masing – masing

Majlis Pelancaran NILAM 2015

Pada 29 Jan 2015, Majlis Pelancaran NILAM telah diadakan di tapak perhimpunan Dataran Ilmu. Penyelaras NILAM, Pn Suhanis bt Suberi menerangkan secara ringkas objektif Program NILAM dan seterusnya kaedah pelaksanaannya di sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra, En Anuar bin Jais. Beliau merumuskan bahawa untuk menghasilkan insan yang berjaya, pencarian ilmu amat penting. Maka budaya membaca perlu diamalkan oleh setiap pelajar.

Semoga saranan beliau akan dijadikan pedoman untuk kejayaan murid serta kejayaan Program NILAM sekolah.

Penggunaan Perpustakaan

Pelajar diingatkan peraturan asas penggunaan perpustakaan sekolah:

a) pelajar wajib menggunakan kad Identiti sendiri.

b) pelajar biasa dibenarkan meminjam hanya 3 buku sekali untuk tempoh masa 1 minggu.

c) kelewatan memulangkan buku akan dikenakan tindakan disiplin oleh pihak     pengurusan pusat sumber sekolah.

Program Literasi Maklumat untuk Pelajar Baru Tingkatan 6 Rendah 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Program Literasi Maklumat untuk Pelajar Tingkatan 6 Sesi 2014 akan diadakan sepanjang bulan Jun bermula dari 24 Jun 2014 sehingga 26 Jun 2014

Jadual Bengkel Literasi Maklumat :

24 Jun 2014 ( Selasa) – 11.00 -12.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 1

– 12.00 – 1.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 2

25 Jun 2014 ( Rabu) – 11.00 – 12.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 3

12.00 – 1.00 tengah hari  – kelas 6 Rendah 4

26 Jun 2014 ( Khamis ) – 11.00- 12.00 tengah hari – kelas 6 Rendah 5

 

Pelajar akan didedahkan kepada aspek penggunaan PSS, pencarian maklumat dari bahan bacaan serta bahan elektronik.